Wednesday 30 November 2011

Menjaga Kebersihan Rumah

Bahan - bahan untuk menjaga kebersihan rumah adalah seperti

Penyapu
Kain
Penyapu bulu ayam



Tuesday 29 November 2011

Kebersihan Dan Keselamatan Rumah

  • Rumah ialah tempat di mana anggota - anggota keluarga tinggal bersama. Di sinilah ibu bapa mengasuh dan membesarkan anak - anak mereka sehingga mereka tamat pengajian, bekerja dan mendirikan rumah tangga sendiri.

  • Perangai dan tabiat seorang kanak - kanak dibentuk di rumah dari kecil lagi. Rumah yang kemas, ibu bapa yang penyayang dan kejiranan yang baik membolehkan kanak-kanak itu membesar menjadi warganegara yang cerdas, sihat dan berguna.  


 

Bahan - bahan Untuk Membina Rumah (2)


1. Bata - untuk dinding dan sebagai pembahagi bilik dapur dan parit.
2. Kaca - untuk jendela kaca, pintu kaca dan almari perhiasan.
3. Besi dan keluli - untuk membina rangka bangunan dan asas tanah.
4. Konkrit - sebagai asas untuk dinding dan tiang.
5. Simen - untuk lantai dan meratakan dinding dan pagar konkrit.
6. Kayu - untuk  pintu, bingkai tingkap, siling, dinding dan almari pasang siap.
7. Ubin - untuk membuat bumbung, dinding bilik air dan lantai.
8. Logam - untuk paip air, kemudahan dapur. 

Bata
Kaca
Kayu


Bahan - bahan Untuk Membina Rumah (1)

Pada zaman dahulu, manusia tinggal di pondok. Tidak banyak bahan diperlukan untuk membina sebuah rumah : kayu, buluh atau rumput, kulit binatang dan paku. Walau bagaimanapun, pada masa kini, manusia tinggal di rumah yang serba moden. Pelbagai jenis bahan binaan diperlukan seperti konkrit, simen, bata, besi, keluli, kayu dan lain - lain lagi.

Rumah pondok
Rumah moden



Monday 21 November 2011

Ruang-ruang Utama Dalam Rumah

Sebuah rumah teres moden dua tingkat yang dialami oleh kebanyakan daripada kamu di kawasan perumahan di bandar akan mempunyai ruang-ruang utama seperti bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik air.  

a) Bilik tidur utama 
- Merupakan bilik tidur terbesar dalam rumah.  
- Ketua rumah iaitu ibu bapa kamu akan menggunakan bilik ini. 
- Bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil, kelamin, meja sisi, sebuah bilik air dan sebagainya.

Bilik Tidur

b) Ruang tamu
- Ini adalah tempat ahli-ahli keluarga berjumpa dan berbual serta berehat. 
- Di sinilah para tetamu dilayan.
- Ruang tamu biasanya dilengkapi set sofa, set hiburan seperti televisyen, radio, video, foto keluarga dan sebagainya. 

Ruang tamu

c) Ruang makan 
- Merupakan bilik makan keluarga untuk semua sajian harian.
- Almari-almari  di sini mempamerkan perkakas asas untuk menyaji makanan.

Ruang makan

d) Dapur
- Di sini, kerja masak-memasak dan menyediakan makanan dilakukan.
- Biasanya, terdapat sebuah meja kecil dan kerusi untuk makan di dapur.
- Mempunyai segala kemudahan untuk suri rumah seperti pemasak gas, sink, almari untuk menyimpan alatan makan dan lain-lain lagi. 

Dapur
                                  

Saturday 19 November 2011

Jenis-jenis Rumah Di Dunia (2)

Kedapatan Bahan - bahan Binaan

  • Di negara-negara tropika seperti Malaysia yang mempunyai bekalan kayu, buluh dan daun-daun palma yang banyak, rumah beratap daun nipah dibina menggunakan batang-batang kayu dan berdinding serta berlantai buluh. 
  • Di kawasan hutan konifer seperti Rusia dan Kanada, pokok kayu balak biasa didapati kerana bekalan balak yang banyak didapati daripada pokok-pokok konifer.
  • Di negara-negara Mediterranean seperti Sepanyol dan Portugal yang dikelilingi bukit-bukit dan gunung-ganang yang menghasilkan pelbagai jenis batu kapur, batu pasir, marmar dan batu luh, batu-batan menjadi bahan binaan yang biasa digunakan.

Rumah atap

Jenis-jenis Rumah Di Dunia (1)

Iklim
  • Di negara-negara yang panas seperti Malaysia, kebanyakan rumah dicat putih, berbentuk kotak dan bertingkat supaya keadaan didalam adalah dingin.
  • Di negara yang sejuk seperti Norway yang mengalami salji lebat pada musim dingin, rumah-rumah dibina dengan dinding batu yang tebal supaya menahan kesejukan. Rumah mempunyai bumbung curam untuk membolehkan salji menggelongsor ke bawah, jika tidak rumah tersebut akan runtuh apabila banyak salji terkumpul.
  • Di negara-negara tropika yang panas dan lembap seperti Indonesia yang sering mendapat hujan lebat yang menyebabkan banjir, ada orang tinggal di rumah berkaki yang dibina lebih tinggi daripada tanah yang dibanjiri.


Rumah jumpa di Malaysia
Rumah batu di kawasan hawa sederhana sejuk
Rumah berkaki



Thursday 17 November 2011

Jenis - jenis Rumah

Rumah kamu mungkin terdiri daripada salah satu jenis perumahan berikut :

Kondominium
Rumah teres
Rumah teres dua tingkat

Banglo

Saturday 12 November 2011

Lokasi Rumah


1.Sebuah rumah boleh terletak di kawasan petempatan yang berlainan :
  • Di kampung dengan persekitaran kekampungan dan jauh daripada kawasan berpenduduk padat.
  • Di bandar dengan petempatan separuh bandar yang agak membangun.
  • Di bandar raya iaitu petempatan perbandaran yang penuh dengan bangunan.

2. Sebuah rumah juga bolah terletak di pelbagai jenis persekitaran geografi seperti di tanah rata, ceruh bukit, atas gunung, tebing sungai, pinggir laut, tepi tasik, atas pulau dan pinggir pantai.


3. Rumah boleh dibina di salah satu kawasan dengan persekitaran yang berikut :
  • Di sebuah tempat yang sangat tenang di pinggir bandar.
  • Di pusat bandar yang sibuk.
  • Di kawasan perumahan.
  • Di kawasan sumber seperti kebun, ladang, lombong atau kawasan perindustrian.

Rumah boleh terletak di bandar raya

Rumah boleh terletak di kampung




Tempat Perlindungan

Selain makanan dan pakaian, keperluan asas lain yang penting kepada kita ialah tempat perlindungan. Tempat perlindungan manusia purba mungkin merupakan sebuah gua, tempat perlindungan orang-orang miskin ialah pondok dan orang-orang kaya pula tinggal di banglo besar. Cita-cita setiap manusia ialah untuk " mempunyai sebuah tempat berteduh " iaitu sebuah rumah. Tempat tinggal kita ialah rumah kita dan di sini anggota - anggota keluarga asas tinggal bersama. Pepatah " rumah ibarat syurga " memberi kita peranan penting yang dimainkan oleh "rumah" dalam kehidupan kita.

Gua
Pondok atas pokok
Rumah moden