Monday 21 November 2011

Ruang-ruang Utama Dalam Rumah

Sebuah rumah teres moden dua tingkat yang dialami oleh kebanyakan daripada kamu di kawasan perumahan di bandar akan mempunyai ruang-ruang utama seperti bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik air.  

a) Bilik tidur utama 
- Merupakan bilik tidur terbesar dalam rumah.  
- Ketua rumah iaitu ibu bapa kamu akan menggunakan bilik ini. 
- Bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil, kelamin, meja sisi, sebuah bilik air dan sebagainya.

Bilik Tidur

b) Ruang tamu
- Ini adalah tempat ahli-ahli keluarga berjumpa dan berbual serta berehat. 
- Di sinilah para tetamu dilayan.
- Ruang tamu biasanya dilengkapi set sofa, set hiburan seperti televisyen, radio, video, foto keluarga dan sebagainya. 

Ruang tamu

c) Ruang makan 
- Merupakan bilik makan keluarga untuk semua sajian harian.
- Almari-almari  di sini mempamerkan perkakas asas untuk menyaji makanan.

Ruang makan

d) Dapur
- Di sini, kerja masak-memasak dan menyediakan makanan dilakukan.
- Biasanya, terdapat sebuah meja kecil dan kerusi untuk makan di dapur.
- Mempunyai segala kemudahan untuk suri rumah seperti pemasak gas, sink, almari untuk menyimpan alatan makan dan lain-lain lagi. 

Dapur
                                  

No comments:

Post a Comment