Friday 2 December 2011

Contoh - contoh Menjaga Keselamatan Rumah

Menjaga Keselamatan Rumah

1. Jaga keselamatan dapur dan dapur gas untuk mengelakkan kebakaran.
2. Jangan biarkan air paip mengalir dan membanjiri rumah kamu.
3. Berhati - hati apabila menggunakan elektrik.
4. Simpan perkakas pertolongan cemas di rumah bagi kegunaan kecemasan. 
5. Sentiasa kunci rumah kamu pada waktu malam dan apabila kamu sekeluarga pergi bercuti.


Jaga keselamatan dapur

Peti pertolongan cemas

Thursday 1 December 2011

Contoh - contoh Menjaga Kebersihan Rumah

Sapu lantai setiap hari
 Bersihkan dapur dan cuci pinggan mangkuk yang telah dipakai








Bersihkan tingkap - tingkap dan kekisi

Wednesday 30 November 2011

Menjaga Kebersihan Rumah

Bahan - bahan untuk menjaga kebersihan rumah adalah seperti

Penyapu
Kain
Penyapu bulu ayam



Tuesday 29 November 2011

Kebersihan Dan Keselamatan Rumah

  • Rumah ialah tempat di mana anggota - anggota keluarga tinggal bersama. Di sinilah ibu bapa mengasuh dan membesarkan anak - anak mereka sehingga mereka tamat pengajian, bekerja dan mendirikan rumah tangga sendiri.

  • Perangai dan tabiat seorang kanak - kanak dibentuk di rumah dari kecil lagi. Rumah yang kemas, ibu bapa yang penyayang dan kejiranan yang baik membolehkan kanak-kanak itu membesar menjadi warganegara yang cerdas, sihat dan berguna.  


 

Bahan - bahan Untuk Membina Rumah (2)


1. Bata - untuk dinding dan sebagai pembahagi bilik dapur dan parit.
2. Kaca - untuk jendela kaca, pintu kaca dan almari perhiasan.
3. Besi dan keluli - untuk membina rangka bangunan dan asas tanah.
4. Konkrit - sebagai asas untuk dinding dan tiang.
5. Simen - untuk lantai dan meratakan dinding dan pagar konkrit.
6. Kayu - untuk  pintu, bingkai tingkap, siling, dinding dan almari pasang siap.
7. Ubin - untuk membuat bumbung, dinding bilik air dan lantai.
8. Logam - untuk paip air, kemudahan dapur. 

Bata
Kaca
Kayu


Bahan - bahan Untuk Membina Rumah (1)

Pada zaman dahulu, manusia tinggal di pondok. Tidak banyak bahan diperlukan untuk membina sebuah rumah : kayu, buluh atau rumput, kulit binatang dan paku. Walau bagaimanapun, pada masa kini, manusia tinggal di rumah yang serba moden. Pelbagai jenis bahan binaan diperlukan seperti konkrit, simen, bata, besi, keluli, kayu dan lain - lain lagi.

Rumah pondok
Rumah moden